MENCARI SINOPSIS DALAM KENDIRI
Aku perlu memikirkan sesuatu untuk bangkit dan keluar dari kemelut ini. Sudah tiba masanya kena buat kesimpulan dan mencari ilham dalam jiwa. Saat aku berfikir soal orang lain, aku merasakan hanya sia-sia yang datang buatku, sehingga hal aku sendiri belum selesai untuk di pulihkan. Aku jenis suka bertimbang rasa dan suka simpati pada orang akan tetapi aku tidak tahu muslihat orang di belakang menikam aku dalam kalbu. Apabila waktu demi waktu tetap berulang hal sama maka aku terus memutuskan tidak sewenang-wenangnya percaya lagi dengan dogengan orang hanya di depan sekadar berfoya-foya. Ya benar, menolong orang itu satu ibadah dan sangat terpuji bila masyarakat menilai tetapi jika ia menguriskan mu didepan kelak apakan daya hendak teruskan.
Umurku semakin dimamah usia, hampir masuk 3 dekad. Aku perlu suaikan diri dengan keadaan sekeliling, mahupun apa cabaran tetap aku teruskan impian yang aku sudah lama gengam. Aku mahu maju, berjaya dan membina empayar sendiri atas hasil kerja kuat yang aku pernah tempuh selama ini. Ia bukan kerana aku saja tapi untuk keluarga kecilku, keluarga besarku dan masyarakat yang memerlukan suatu saat nanti.
Comments
Post a Comment